Tuesday, 20 February 2018

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961 dan ahlinya dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Ahli-ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai pemimpin, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Nama Cobbold adalah sempena ketua jawatankuasa tersebut nama Cobbold.

Tujuan utama Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan adalah untuk mengumpul serta mengenal pasti pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia dan Sepanjang Februari hinggga April 1962,Suruhanjaya ini telah berjaya menemui lebih 4000 orang serta menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan,pembesar-pembesar,anak-anak negeri dan pemimpin kaum,majlis bandaran ,pemimpin-pemimpin agama,kesatuan sekerja dan orang ramai memberikan pandangan masing-masing terhadap gagasan Malaysia.
Suara-suara rakyat ini membuktikan sokongan mereka melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang juga telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu.Disamping itu,laporan Suruhanjaya Cobbold turut memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya tersebut berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang telah diterimanya.

Pada 21 Jun 1962,laporan Suruhanjaya ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan setelah dikaji laporan tersebut, kedua-dua kerajaan telah bersetuju menerima hampir kesemua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold. Perdana Menteri Tanah Melayu pada waktu itu,Tunku Abdul Rahman Putra juga telah menerima serta mengkaji laporan Suruhanjaya Cobbold.
Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengkaji laporan itu dengan lebih mendalam yangjuga dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang terdiri daripada Tun Abdul Razak(Timbalan Perdana Menteri),Tan Siew Sin(Menteri Kewangan),Datuk (Dr) Ismail Dato’ abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu di mana  1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan  tanpa syarat. Selain itu, 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu dan       1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British.

No comments:

Post a Comment

ARTICLE