Singapura turut mengadakan satu pungutan suara yang dipanggil
Referendum Singapura di mana fungsinya adalah untuk mendapatkan
pandangan rakyat Singapura berkaitan isu Penubuhan Malaysia. Pungutan
suara ini diadakan untuk walaupun majoriti parti politik menyokong
penubuhan Malaysia namun laangkah ini diadakan supaya suara minoriti
yang tidak bersetuju juga akan diambil kira.
Rakyat Singapura telah diberi 3 pilihan undi di mana pilihan undi
pertama mandapat 397 626 undi kerana pilihan pertama menyebut bahawa
rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Malaysia sekiranya
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November
1961diikuti.
Pilihan kedua mendapat 9442 undi di mana ia menyatakan
rakyat bersetuju untuk bergabung dengan Malaysia tanpa mengenakan
sebarang syarat dan kedudukan Singapura adalah sama dengan wilayah
anggota lain.Seterusnya adalah pilihan ketiga di mana ia mendapat 144 077 undi di
mana pilihan ini mengatakan bahawa rakyat Singapura bersetuju untuk
bergabung dengan syarat, rakyat Singapura juga haruslah mendapat faedah
yang sama dengan wilayah lain.
Secara amnya, Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November
1962 dan setelah referendum selesai, ia menunjukkan bahawa 71% rakyat
Singapura menyokong pembentukan Malaysia
No comments:
Post a Comment