Satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Sabah telah diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961.
Selain itu, semasa mesyuarat ini berlangsung, pemimpin-pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia
kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat
tersebut dan tujuan utama penerangan ini dijalankan adalah untuk
mengurangkan dan mengelakkan salah faham tentang konsep.
Penerangan ini penting kerana ia melibatkan kalangan pemimpin tiga
wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Ekoran daripada langkah
ini, ia telah menyebabkan persefahaman yang kukuh di mana mesyuarat
telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia. Mereka juga telah berbincang dan bersetuju bahawa Jawatankuasa
ini akan dianggotai oleh wakil dari wilayah-wilayah yang terlibat dalam
pembentukan.
Pengerusi Jawatankuasa tersebut yang dipersetujui adalah Donald
Stephens namun bagi pihak Brunei di mana mereka telah mengambil
keputusan untuk bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana mereka tidak
bersedia untuk menyertai pembentukan Malaysia.
Tambahan lagi, Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menerangkan dengan
lebih teliti dan secara jelas akan konsep negara Malaysia kepada
rakyat, khususnya rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei. Oleh itu,
Jawatankuasa tersebut mengambil langkah mengumpul dan membandingkan
idea-idea berkaitan dengan struktur pembentukan Malaysia yang dikumpul.
Penerangan secara lebih teliti dan diskusi berkaitan dengan struktur
Malaysia juga dilakukan lebih kerap supaya rancangan untuk
merealisasikan penubuhan Malaysia dapat dicepatkan.
Ahli Jawatankuasa tersebut turut mencari jalan untuk mendapat
persetujuan daripada semua pemimpin-pemimpik politik di semua daerah
yang terbabit. Jawatankuasa ini telah direkod mengadakan pertemuan
sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu
sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961,
ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada
1 Februari 1962
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Me...
-
Satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Sabah telah diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Selain...
-
Singapura turut mengadakan satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura di mana fungsinya adalah untuk mendapatkan pandangan ra...
No comments:
Post a Comment