Setelah Suruhanjaya Cobbold berjaya memberikan laporannya yang agak
memuaskan, hal ini disambung dengan merangka syarat-syarat Persekutuan
secara terperinci. Hal ini telah dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa
yang lain iaitu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh
Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak
Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan
wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini berjaya mereka satu perlembagaan di mana ia
melibatkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang
diterima oleh parti politik di kedua-dua wilayah tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan untuk menjadi elemen utama dalam
perlembagan tersebut adalah agama Islam dijadikan agama rasmi
Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
Kedua adalah Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia
Ketiga adalah hak berkenaan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan
kepada kerajaan negeri walaupun statut mengatakan ia di bawah kuasa
pusat. Keempat adalah struktur pembelajaran tetap sehinggalah Majlis
Negeri membuat pindaan dan kelima adalah Sabah diberikan 24 perwakilan
Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.
No comments:
Post a Comment