Tuesday, 20 February 2018

REFERENDUM SINGAPURA

Singapura turut mengadakan satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura di mana fungsinya adalah untuk mendapatkan pandangan rakyat Singapura berkaitan isu Penubuhan Malaysia. Pungutan suara ini diadakan untuk walaupun majoriti parti politik menyokong penubuhan Malaysia namun laangkah ini diadakan supaya suara minoriti yang tidak bersetuju juga akan diambil kira.
Rakyat Singapura telah diberi 3 pilihan undi di mana pilihan undi pertama mandapat 397 626 undi kerana pilihan pertama menyebut bahawa rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Malaysia sekiranya syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961diikuti. 

Pilihan kedua mendapat 9442 undi di mana ia menyatakan rakyat bersetuju untuk bergabung dengan Malaysia tanpa mengenakan sebarang syarat dan kedudukan Singapura adalah sama dengan wilayah anggota lain.Seterusnya adalah pilihan ketiga di mana ia mendapat 144 077 undi di mana pilihan ini mengatakan bahawa rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dengan syarat, rakyat Singapura juga haruslah mendapat faedah yang sama dengan wilayah lain. Secara amnya, Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962 dan setelah referendum selesai, ia menunjukkan bahawa 71%  rakyat Singapura menyokong pembentukan Malaysia

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Setelah Suruhanjaya Cobbold berjaya memberikan laporannya yang agak memuaskan, hal ini disambung dengan merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci. Hal ini telah dilaksanakan oleh  sebuah Jawatankuasa yang lain iaitu  Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini berjaya mereka satu perlembagaan di mana ia melibatkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima oleh parti politik di kedua-dua wilayah tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan untuk menjadi elemen utama dalam perlembagan tersebut adalah agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak. 

Kedua adalah Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia
Ketiga adalah hak berkenaan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan negeri walaupun statut mengatakan ia di bawah kuasa pusat. Keempat adalah  struktur pembelajaran tetap  sehinggalah Majlis Negeri membuat pindaan dan kelima adalah Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961 dan ahlinya dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Ahli-ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai pemimpin, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Nama Cobbold adalah sempena ketua jawatankuasa tersebut nama Cobbold.

Tujuan utama Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan adalah untuk mengumpul serta mengenal pasti pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia dan Sepanjang Februari hinggga April 1962,Suruhanjaya ini telah berjaya menemui lebih 4000 orang serta menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan,pembesar-pembesar,anak-anak negeri dan pemimpin kaum,majlis bandaran ,pemimpin-pemimpin agama,kesatuan sekerja dan orang ramai memberikan pandangan masing-masing terhadap gagasan Malaysia.
Suara-suara rakyat ini membuktikan sokongan mereka melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang juga telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu.Disamping itu,laporan Suruhanjaya Cobbold turut memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya tersebut berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang telah diterimanya.

Pada 21 Jun 1962,laporan Suruhanjaya ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan setelah dikaji laporan tersebut, kedua-dua kerajaan telah bersetuju menerima hampir kesemua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold. Perdana Menteri Tanah Melayu pada waktu itu,Tunku Abdul Rahman Putra juga telah menerima serta mengkaji laporan Suruhanjaya Cobbold.
Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengkaji laporan itu dengan lebih mendalam yangjuga dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang terdiri daripada Tun Abdul Razak(Timbalan Perdana Menteri),Tan Siew Sin(Menteri Kewangan),Datuk (Dr) Ismail Dato’ abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu di mana  1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan  tanpa syarat. Selain itu, 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu dan       1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British.

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Sabah telah diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Selain itu, semasa mesyuarat ini berlangsung, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut dan tujuan utama penerangan ini dijalankan adalah untuk mengurangkan dan mengelakkan salah faham tentang konsep.
Penerangan ini penting kerana ia melibatkan kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Ekoran daripada langkah ini, ia telah menyebabkan persefahaman yang kukuh di mana mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Mereka juga telah berbincang dan bersetuju bahawa Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh wakil dari wilayah-wilayah yang terlibat dalam pembentukan.

Pengerusi Jawatankuasa tersebut yang dipersetujui adalah Donald Stephens namun bagi pihak Brunei di mana mereka telah mengambil keputusan untuk bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana mereka tidak bersedia untuk menyertai pembentukan Malaysia.
Tambahan lagi, Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menerangkan dengan lebih teliti dan secara jelas  akan konsep negara Malaysia kepada rakyat, khususnya rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei.  Oleh itu, Jawatankuasa tersebut mengambil langkah mengumpul dan membandingkan idea-idea berkaitan dengan struktur pembentukan Malaysia  yang dikumpul. Penerangan secara lebih teliti dan diskusi berkaitan dengan struktur Malaysia juga dilakukan lebih kerap supaya rancangan untuk merealisasikan penubuhan Malaysia dapat dicepatkan.

Ahli Jawatankuasa tersebut turut mencari jalan untuk mendapat persetujuan daripada semua pemimpin-pemimpik politik di semua daerah yang terbabit. Jawatankuasa ini telah direkod mengadakan pertemuan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

* Pembentukan Malaysia telah melalui proses yang lama dan merumitkan namun proses ini penting untuk mengetahui pendapat rakyat sebelum proses penyediaan struktur asas Malaysia dapat disediakan. Hal ini juga di mana pembentukan Malaysia turut memerlukan kerjasama dari semua pemimpin dan ahli parti politik tersebut untuk menjayakan penstrukturan Malaysia. Seterusnya, proses ini juga melibatkan pembentukan jawatankuasa di mana ia memudahkan pungutan suara dibuat dan pendirian rakyat diambil kira sebelum Malaysia dapat dibentuk

RUJUKAN

                            


1.  http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963
2.  http://www.arkib.gov.my/web/guest/suruhanjaya-cobbold

KESIMPULAN

            

1.  Malaysia telah melalui pelbagai liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah Negara yang berdaulat pada hari ini.
2.Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki Negara termasuklah pengkhianat Negara.
3.Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju Negara

REAKSI SARAWAK,SABAH,BRUNEI DAN SINGAPURA

                     

1.SARAWAK
-Cadangan Tunku Abdul Rahman telah menerima reaksi yang pelbagai dari sabah dan Sarawak.Banyak pihak menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi  serta merta yang dapat diperoleh daripada percantuman ini.
2.SABAh 
-Di sabah juga wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah parti politik yang melaungkan pendapat atas sentiment anti malaysia. Namun pada masa yang sama, lahir juga  sentimen pro Malaysia.
3.BRUNEI 
- Pada bulan julai 1962,semasa persidangan Majlis terhadap Brunei, Majlis ini telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia lantaran   sokongan Sultan sendiri.Namun keputusan muktamat masih belum diambil.    

 
4. SINGAPURA
-Penduduk singapura berminat dengan konsep persekutuan Malaysia. Singapura dibawah pimpinan Lee Kuan Yew dan parti tindakan rakyat (PAP) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman tersebut. Pada dasarnya parti buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetapi menganggapnya sebagai satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan.



Monday, 19 February 2018

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA

                                      


    1.Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
  2.Memberi kemerdekaan kepada sabah,sarawak,brunei dan singapura.
 3.Perkongsian faedah ekonomi.
 4.Membela masyarakat bumiputera di sabah dan sarawak.
 5.Menjaga kepentingan hak kaum bumiputera di semua wilayah    
   terbabit.

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA


                         

 
1.Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh perdana menteri.
2 .Mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan persekutuan tanah melayu dengan wilayah-wilayah jajahan british.
3.Banyak pihak mendakwa bahawa idea ini dibuat secara tergesa-gesa tanpa membuat persediaan awal berhubung penggabungan wilayah.
4.Penggabungan semua wilayah jajahan british dicadangkan oleh pesuruhjaya besar british.

PENGENALAN

                             
                                  
                                                          
 
1.Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya.
2.Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.
3.Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

ARTICLE